Garis masa Kemangkatan_Elizabeth_II

Sekitar 12:30 BST 8 September (19:00 MST), Istana Buckingham mengumumkan bahawa Ratu berada di bawah penyeliaan perubatan di Istana Balmoral, Scotland selepas doktor menyatakan kebimbangan mereka terhadap kesihatan baginda.

Empat anak Ratu bersama menantu perempuannya, dan Putera William dan Putera Harry, berangkat ke Balmoral.[2][3]

Sekitar 14:00 (21:00 MST), BBC menggantung jadual siaran BBC One untuk melaporkan keadaan semasa baginda, di mana semua pembaca berita dan wartawan mula berpakaian hitam. Siaran-siaran khas ini juga dipancarkan oleh stesen-stesen televisyen utama di United Kingdom; iaitu ITV, Channel 4 dan Channel 5.

Pada 16:30 (23:30 MST), Perdana Menteri United Kingdom Liz Truss diberitahu perihal kemangkatan Ratu oleh Setiausaha Kabinet, Simon Case.

Sekitar jam 17:00 (00:00 MST, 9 September), ahli-ahli keluarga diraja yang menaiki pesawat daripada RAF Northholt ke Scotland tiba di Balmoral, termasuk Putera Andrew, Putera Edward bersama isterinya Sophie, Countess Wessex.

Laman sosial Twitter rasmi keluarga diraja Britain mengumumkan berita kemangkatan Ratu melalui ciapan pada 18:30 (01:30 MST, 9 September). Ciapan yang sama juga menyatakan bahawa Raja Charles III dan Permaisuri Camilla akan kekal berada di Balmoral pada petang tersebut dan akan berangkat pulang ke London pada keesokan harinya.[1][4]

Stesen-stesen televisyen Britian mengumumkan berita kemangkatan baginda sejurus selepas pengumuman dari Istana Buckingham. Semua siaran BBC (kecuali siaran kanak-kanak CBBC, diumumkan semasa siaran berita kanak-kanak Newsround; dan CBeebies) berlintas langsung dengan pembacaan pengumuman oleh pembaca berita Huw Edwards, diikuti dengan lagu kebangsaan Britian dikumandangkan.